Sunday, November 30, 2008

Brave journal pt 1- Lahirnya Melukut

Aku adalah anak kelima dari lapan beradik yang masih hidup. Lima orang adik beradik aku meninggal semasa kecil lagi. Aku ada tiga orang abang, seorang kakak dan tiga orang adik.

Mengingati cerita emak, aku dilahirkan dengan sempurna, disambut bidan Busu yang rumahnya sedehem je dari rumah emak ayah aku. Aku diazankan sendiri oleh ayah aku.uri aku ditanam dengan sempurna. Aku di beri nama Mohd Jafri. Tapi aku dipanggil Tek saja.Aku memang tak suka nama tu. Nama betul dan nama timangan...semuanya aku tak suka. Tapi takpelah.......

Jambul aku dicukur di majlis marhaban yang diketuai Aki Latih saudara sebelah mak aku, dikelilingi oleh orang kampung yang di jamu lepat pulut hitam dan teh o tanpa gula. Mulanya aku diangkat dari buai, didirinya aku dalam talam yang berisi tanah. Ayah menjijakkan kaki aku diatas tangga tebu yang diletak dalam talam tu, lepas tu diletak kaki aku keatas tanah. Lepas tu aku diarak keliling orang kampung yang berdiri, bergilir gilir untuk memotong rambut aku.
Walaupun mak ayah aku miskin, tapi mereka tak pernah kurang kasih sayang. Dan aku tau mak bapak aku berusaha kuat menyara hidup kami. Tapi itulah... adik beradik aku ramai......Belum pun setahun usia aku, belum puas aku menyusu dengan mak aku dan belum keluar lagi gigi susu aku, emak aku beranak lagi. Aku dapat adik kembar Sam dan Siti. Tak ada peluang lagi aku nak bermanja. Nak menyusu jauh sekali....susah aku nak merasa kasih sayang lagi...takdir Allah SWT. Takpelah.....

Mak sibuk dengan Sam dan Siti...salin lampin, mandi dan makan sunsom. Selalunya aku tengok je dari serambi...walaupun perut aku lapar, aku tengok je sebab aku tak pandai bercakap lagi. Kadang kadang aku tengok mak. dan mak tengok aku. mungkin mak kesian kat aku, tapi mak sibuk dengan adik kembar aku. Kakak aku yang dalam buai pun dia tak sempat tengok.Kakak aku tu nama Mastura. dia selalu duduk dalam buai je sebab dia sakit. Kadang kadang aku datang juga merangkak dekat buai kakak aku tu. Kesian aku tengok dia. Dia manja sangat dengan ayah. Tapi ayah selalu takde kat rumah. Pagi ayah menoreh getah. petang ayah mencari rotan, menumbuk padi. Tak lama lepas Sam dan Siti lahir, kakak Mastura aku tu meninggal dunia.

Padi yang ayah dah tumbuk pakai lesung kaki tu, ayah isi dalam bakul mengkuang. diletaknya didapur. Kekadang diserambi. Sebelum masak nasi mak aku tampi lagi beras tu. Nak buang kulit padi tu. Selalunya aku tunggu mak aku menampi. Sebab aku suka makan melukut. dapat juga hilangkan pedih perut aku. Lepas mak tampi, mak ambik beras tu dan masukkan dalam gantang atau dimasukkan terus dalam periuk untuk dibasuh dan di tanak. Melukut tu mak biar je kat dalam tampi tu. Mak tak buang, mungkin sebab mak tau aku suka makan melukut. Tapi mak tak suruh pulak aku makan melukut tu. Sebab dia tau melukut tu patut di buang je bagi makan ayam dan itik.

Aku ambil melukut tu segenggam dan sumbat terus dalam mulut aku. Berbuih mulut aku makan melukut ni. Tapi sedap, tersa lemaknya.Aku ambil lagi segenggam dan aku terus berjalan keserambi. Lepas aku berjalan keserambi, mak aku terus buang melukut tu ketanah, berebut ayam dan itik makan melukut tu.
Aku selak tikar mengkuang dipenjuru serambi. Aku letak melukut yang aku genggam tadi diatas lantai papan yang jarang. Lantai papan ni jarang jarang. boleh nampak tanah dicelah celahnya. Kalau aku tak letak betul betul, boleh jatuh ketanah melukut aku.
Kemudian aku tutup melukut tu dengan tikar mengkuang. Dah banyak juga simpanan melukut aku dibawah tikar tu. Nak mujur tak ada siapa yang tau. Dah nampak berbonjol tikar dipenjuru serambi tu. Nak mujurlah takde sapa yang tau lagi. Sebenarnya kalau petang petang nak sangat aku makan melukut aku bawah tikar tu. Tapi sebab sebelah petang Intan dan Manja dah balik dari sekolah, susahlah sikit aku nak makan melukut tu. Takut rahsia aku terbongkar.
Kadang kadang kalau aku dah lapar sangat atau saja saja je nak makan, aku buat buat tidur kat penjuru serambi tu. Sambil tu aku masukkanlah melukut tu sikit sikit dalam mulut aku.....